SYIRIK, PEMBAHAGIANNYA SERTA PERKARA-PERKARA YANG APABILA DILAKUKAN AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA SYIRIK

Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah sama ada yang telah

- dilakukan dengan perbuatan anggota badan
- Diperkatakan dengan lisan lidah
- Difikirkan dengan akal fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Syirik yang pertama ialah Syirik yang terang atau syirik yang nyata ialah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.

Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.

Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang beragama Islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan (yakin tanpa ragu), jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...

Syirik yang kedua ialah syirik yang tersembunyi iaitu merasai keberadaan badan diri sendiri atau merasai keberadaan sesuatu selain daripada Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri, sama ada dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Setiap seorang mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau keberadaan makhluk lain sama ada yang telah dilakukan dengan cara

- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan Jika seseorang itu sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu dan boleh menghuraikan yang seseorang itu tidak boleh sama ada

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah dan jika telah sama ada

- diperkatakan dengan lisan lidahnya
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya

Tentang keberadaan badan diri sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Dengan tahu, boleh menghurai dan menerangkan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.

Syirik yang ketiga ialah syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu bersangka Allah

Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah sama ada yang dilakukan dengan cara

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain

Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan, Jika seseorang itu sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain

Bermakna ia sedang melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Dengan tahu dan boleh menghuraikan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sehingga menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu akan terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Kerana ia telah tahu dengan yakin tanpa ragu, jika ia sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain bermakna ia telah melakukan perkara-perkara yang apabila ia lakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Dengan ini ia mesti berusaha supaya ia tidak akan sama ada

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana telah timbul keyakinan tanpa ragu kepada dirinya jika ia sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Keterangan tentang akan berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini terdapat keterangannya di dalam firman Allah pada Surah Sabak ayat 27

Katakanlah lagi:

"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,

bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Didalam firman di atas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang ada pada makhluk yang dipandang sebagai keberadaan makhluk tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI

Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhluk sifat-sifat ketuhanan itu

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.

Di sini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri di samping ada Allah sebenarnya sedang berlaku seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah

21.Surah Al-'Anbiyak ayat 29

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

KEBERADAAN BADAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU

SEDANG MERASAI ADA BADAN DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN BADAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.

MENGETAHUI YANG SIFAT ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH

APABILA SESEORANG ITU MERASAKAN YANG BADAN DIRINYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA IA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT BADAN DIRINYA SENDIRI..

OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA BADAN DIRI SENDIRI BERMAKNA ORANG TERSEBUT SEDANG MELETAK ATAU MENGISBATKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA BADAN DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..

Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri seperti mana firman Allah pada

25.Surah Al-Furqan ayat 43

Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

45.Surah Al-Jāthiyah ayat 23

Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI ATAU DISAMPING ALLAH.

Hawa nafsu sendiri atau keupayaan badan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain di sisi atau didamping Allah

Ini adalah perbuatan sedang sekutukan badan diri sendiri dan makhluk-makhluk sebagai sekutu dengan Allah

Begitu juga jika seseorang memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna orang tersebut sedang meletakan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti ia sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyekutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik

Firman Allah yang memperjelaskan bahawa hanya ada tuhan yang satu (maha esa) dan larangan supaya jangan bertuhankan kepada dua tuhan

16.Surah An-Naĥl ayat 22

Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).

16.Surah An-Naĥl ayat 51

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk termasuk pada badan diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhluk tidak mempunyai sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan yang ada pada makhluk akan dirasakan sebagai sifat makhluk tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhluk tersebut.

Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhluk tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah

Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh di dalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah

Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.

Perkara ini baru berada di dalam ilmu dan pengetahuannya, belum lagi berlaku di dalam perlakuannya kerana di dalam perlakuannya ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri.

Di sini timbul dua keadaan yang berbeza iaitu apa yang ada di dalam ilmu dan pengetahuannya ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan Allah

Dan yang kedua ialah apa yang sedang dilakukan pula ia sedang merasai segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat badan dirinya sendiri sebab ia masih lagi merasakan keberadaan badan dirinya sendiri

Apa yang sedang berlaku di dalam keadaan ini ialah sudah ada di dalam ilmu dan pengetahuannya bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah, tetapi ia masih lagi merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat kepunyaan dan milik badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaan badan dirinya sendiri.

Apa yang akan berlaku jika ia sama ada telah

- memperkatakan dengan lisan lidahnya
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya

Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri itulah yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah.

Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat Allah ketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat badan diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah

Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.

Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya sendiri adalah sifat ketuhanan Allah, di dalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.

INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI

BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA

40.Surah Ghāfir ayat 1

‎حم

Haa, Miim.

40.Surah Ghāfir ayat 2

‎تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

40.Surah Ghāfir ayat 3

‎غَافِرِ الذَّنبِ وَقَابِلِ التَّوْبِ شَدِيدِ الْعِقَابِ ذِي الطَّوْلِۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ إِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya; tiada Tuhan melainkan Dia; kepadaNyalah tempat kembali.

ayat Kursi

‎اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.”

(QS. Al Baqarah: 255)

BERTAUBATLAH DENGAN “TAUBAT NASUHA”, MUDAH-MUDAHAN TUHAN KAMU AKAN MENGHAPUSKAN KESALAHAN-KESALAHAN KAMU DAN MEMASUKKAN KAMU DALAM SYURGA

Firman Allah

66.Surah At-Taĥrīm ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

66.Surah At-Taĥrīm ayat 7

Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".

66.Surah At-Taĥrīm ayat 8

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Taubat Nasuha ialah bertaubat daripada melakukan segala perbuatan syirik seperti firman Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 54

Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,

maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;

iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".

Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".

Didalam firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 54, Allah menerangkan bahawa kaum Nabi musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu.

Nabi Musa telah mengarahkan kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut dengan perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU”

KAITAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI," DENGAN SABDA RASULULLAH BERKAITAN "MATI SEBELUM MATI," DENGAN FIRMAN ALLAH BERHUBUNG DADA YANG LAPANG, HATI YANG TENANG TENTERAM

Dari Abdullah bin Mas’ud ia berkata :

Rasulullah saw membaca ayat,

39.Surah Az-Zumar ayat 22

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Kami para sahabat bertanya :

Ya Rasulullah bagaimana dadanya orang itu boleh lapang ?

Rasulullah menjawab :

Kalau cahaya Allah sudah masuk ke dalam hati seseorang, maka hatinya menjadi lapang dan luas.

Kami para sahabat bertanya :

Tandanya apa ya Rasulullah ?

Jawab Rasulullah saw :

Iaitu kembali kepada negeri yang kekal, meninggalkan dunia yang penuh tipuan. Dan mempersiapkan mati sebelum mati kita.

Nabi Besar Muhammad saw bersabda, "Wahai pencari rahsia! Mahukah kamu melihat orang mati yang hidup, berjalan dibumi seperti orang hidup tetapi jiwanya berada di langit, kerana beliau telah diubah pindah sebelum mati dan tidak lagi diubahpindah setelah mati. Rahsia ini berada di luar sempadan fikiran, hanya diketahui melalui mati. Barang siapa hendak melihat orang yang mati berjalan di muka bumi, lihatlah Abu Bakar, seorang yang 'alim dan 'abid kerana beliau menjadi saksi yang benar terhadap Allah swt. Menjadi putera orang-orang yang di hidupkan semula."

39.Surah Az-Zumar ayat 22

Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Pertanyaan Allah dalam ayat di atas sangat sederhana: “Apakah sama ? .. "

Apakah sama, orang yang dibuka dadanya… dengan orang yang tidak dibuka?

Jawabannya: “pastilah tak sama…”, sebab bagi yang dibukakan dadanya ada tanda-tandanya.

Tandanya : Seperti mati… , seperti kembali ke alam abadi.

Tanda yang diberi tahu oleh Rasulullah itu bukanlah sekadar kalimah puitis yang indah. Bukan… Sebab itu adalah sebuah perlakuan yang dialami sendiri oleh Rasulullah. Keadaan yang dialami oleh Rasulullah adalah seperti mati sebelum mati..

Kalau tidak begitu: neraka wail, celaka.. bagi mereka yang keras hati, padahal mereka menyebut Allah. Mereka itulah dalam kesesatan yang nyata.

Malik bin Dinar berkata; tidaklah seorang hamba itu disiksa dengan pukulan yang sangat keras yang rasanya melebihi dari kerasnya hati. Dan tidaklah Allah marah kepada suatu kaum, kecuali pasti dicabut rahmat.

Jadi kalau Allah marah kepada kita,
dicabut rahmatNya Kalau begitu…,
rahmat itu ada…
Dan rasa dicabut itu juga ada…
Rasa diberi rahmat itu juga ada…

Cuma sayang, banyak di antara kita yang sudah tidak boleh lagi membezakan rahmat itu ada atau tidak ada. Kita tidak tahu rahmat. Itu kerana memang kita umat Islam ini belum selesai dalam melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid. Kita juga sudah tidak lagi bernafas seperti mana kita mula dilahirkan, belajar memahami Ilham, sehingga kita terhindar dari memahami berita-berita yang dikirimkan oleh Allah ke dalam hati kita. kerana hati kita sedang mati dan gelap. Sehingga ilham itu tidak terbaca, rahmat itu tidak terbaca, riqqah itu tidak terbaca.

Harusnya semua sudah kembali menjadi “duduknya” kaum salik yang mendekati Allah. Dan boleh pula menerangkan kebaikan-kebaikan yang didapatkan bersama riqqah yang turun ke dalam dada kita.

Orang yang mengetahui ilmunya sahaja, tanpa melakukan seperti mana apa yang telah diperkatakan oleh ilmu, memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan, kita mesti lakukan seperti mana yang telah diperkatakan, mesti beramal, mesti melakukan sendiri, mesti dipraktikkan ...

Satu saja perlakuan. Pasti anda berhenti dari berdebat dan melakukan hal-hal yang tak perlu.

Contoh yang perlu dilakukan ...

Apa yang perlu dilakukan untuk Ingat kepada Allah

Firman Allah

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

Didalam firman Allah yang lain diperjelaskan

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

Apa yang boleh dilakukan untuk "INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU"

43.Surah Az-Zukhruf ayat 36

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Terus diancam oleh Allah, barang siapa yang hatinya tidak berzikir kepada Allah.. maka PASTI hatinya dikerumuni syaitan..

Dan… : 58.Surah Al-Mujādila ayat 19

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA SEPERTI MANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

76.Surah Al-'Insān ayat 29

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

Tambahan tanda-tandanya dikuatkan lagi melalui firmanNya…

8.Surah Al-'Anfāl ayat 2

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

39.Surah Az-Zumar ayat 23

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

Kalau disebut ayat-ayat tentang siksa. Kulit mereka bergetar, kerana takut kepada Allah.

Kalau disebut ayat-ayat yang mengandung rahmat Allah. Hatinya menjadi lembut dan tenang.

(Sebagaimana firman Allah ta’ala : 13.Surah Ar-Ra`d ayat 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Dari ‘Ibnu Abbas bin ‘Abdul Mutalib, ia berkata, bersabda Rasulullah saw, “Man iqsya’rra jilduhu min khasy yatillahi ta’ala tahatat ‘anhu dzunubuhu kama yatahatu ‘an asy syajratil yabisati waraquha,"

"Kalau kulit hamba bergetar kerana takut kepada Allah, maka dosa-dosanya luruh. Seperti luruhnya daun-daun dari pohon yang kering”.

Berkata Rasulullah : kalau seorang hamba kulitnya bergetar kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkannya atas neraka.

Qatadah berkata inilah sifat para wali Allah..

yang Allah mensifati mereka dengan hatinya bergetar dan tenang ketika menyebut nama Allah.

tetapi Allah tidak menyifati mereka bahwa ketika berzikir itu akalnya hilang dan pingsan.

Kalau itu terjadi, maka dia berarti ahli bid’ah dan termasuk kelakuan syaitan.

Dari Ibnu Umar, Sesungguhnya Ibnu Umar menemui seorang pemuda Iraq yang tiba-tiba terketar-ketar. Ibnu Umar bertanya, ma balin hadza ? Kenapa dengan orang ini ???

Qaaluu : Innahu idza quri’a alaihi Al-Quran au sami’a dzikrullah , saqatha !

Jawab orang-orang Iraq : Sesungguhnya dia apabila dibacakan al quran kepadanya atau mendengar sebutan nama Allah dia terketar-ketar.

Ibnu Umar berkata “Kami ini (para sahabat) adalah orang-orang yang takut pada Allah, tapi kami tidak pernah ketar-ketar.

inna syaithana yad’khulu fi jaufi ahadihim maa kana hadza shani’u ash habi Muhammad Saw.

Kalau syaitan sudah masuk ke rongga dada manusia, seperti inilah yang terjadi. Sedangkan hal ini tidak pernah aku temui pada masa Muhammad saw. (tidak pernah terjadi pada para sahabat). — Kitab Al baghawi hal: 1125

Jadi tanda-tanda dibukanya dada seseorang oleh Allah bukanlah tubuhnya ketar-ketar, memusing-musing, pengsan tidak sedarkan diri

Yang diriwayatkan oleh Al-Quran dan hadis: kulit dan hati mereka bergetar yang berasal dari keimanan mereka.

Kemudian Allah menurunkan ketenangan dan kelembutan yang disebut RIQQAH, ightanimuu du’a ‘inda riqqati fainnaha rahmah ( hadis) .

Adanya bukan ketar-ketar, tapi “Riqqah”. Kelembutan yang muncul dari keimanan dan cahaya Allah. Itulah rahmat, yang tidak akan pernah dirasakan oleh orang-orang yang tidak beriman.

Dalil berikutnya:

Dari Urwah bin Zubair (Zubair adalah cucu Abu Bakar) berkata kepada neneknya Asma binti Abu Bakar. “Nenek bagaimana di zaman Rasulullah, apa yang terjadi pada para sahabat apabila dibacakan Al Quran kepada mereka? Asma berkata “Mereka seperti disifati Al Quran kulit mereka bergetar kulit mereka dan bercucuran air mata mereka.”

Urwah bertanya lagi.. bagaimana yang terjadi dengan orang-orang di zaman kita ini. Apabila dibacakan Al Quran mereka tersungkur kemudian pingsan. Asma berkata ; A’udzubillahi minna as-syaitân ar rajîm”.

JANJI ALLAH KEPADA ORANG YANG TELAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI"

4.Surah An-Nisā' dari ayat 66 hingga 69

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

JALAN YANG LURUS YANG DIMAKSUDKAN IALAH SEPERTI MANA FIRMAN ALLAH

15.Surah Al-Ĥijr dari ayat 39 hingga 42

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

Allah berfirman: "INILAH SATU JALAN YANG LURUS, YANG TETAP AKU MEMELIHARANYA.

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

38.Surah Şād ayat 82 dan 83

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

17.Surah Al-'Isrā' ayat 65

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

Apakah yang dimaksudkan perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI" dan bagaimana hendak melaksanakan perintah Allah yang tersebut ?

Maksud daripada perintah Allah "BUNUHLAH DIRI KAMU" ialah melaksanakan perintah Allah yang terkandung di dalam Al-Quran, yang apabila dilakukan perintah tersebut akan menghilangkan keberadaan atau keakuan diri sendiri

BILA RASA TAKUT,

ATAU SEDANG MELAKUKAN PERBUATAN KEJI ATAU MENGANIAYAI DIRI SENDIRI, SEBUT DAN INGATLAH KEPADA ALLAH - INILAH CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT PETUNJUK HIDAYAH ALLAH DAN MERUPAKAN SIFAT ORANG YANG MENDAPAT KEAMPUNAN DARI ALLAH

FIRMAN ALLAH

2.Surah Al-Baqarah dari ayat 155 hingga 157

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah
jualah kami kembali."

2.Surah Al-Baqarah ayat 157

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Apabila kita mengalami perasaan takut, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada perasaan takut itu di dalam masa yang sama sebutlah Allah sebanyak-banyaknya..

Apabila kita mengalami perasaan dan berada di dalam keadaan kelaparan, sedarlah dengan sepenuh tumpuan kepada keadaan kelaparan itu sambil menyebut Allah sebanyak-banyaknya...

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 135 dan 136

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

3.Surah 'Āli `Imrān ayat 136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Bila kita sedang berada di dalam keadaan sedang menganiayai diri sendiri (berlaku syirik), tumpukan sebulat tumpuan kepada keadaan tersebut, di dalam masa yang sama ingatlah kepada Allah dengan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya..

DIANTARA PERINTAH ALLAH YANG APABILA DILAKSANAKAN AKAN MENYEBABKAN SESEORANG ITU TELAH BERTAUBAT DENGAN TAUBAT NASUHA IAITU BERTAUBAT DARIPADA MELAKUKAN SEBARANG PERBUATAN SYIRIK

76.Surah Al-'Insān ayat 23

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

76.Surah Al-'Insān ayat 24

Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

76.Surah Al-'Insān ayat 25

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

76.Surah Al-'Insān ayat 26

Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.

33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 41

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 42

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 43

Dialah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).

18.Surah Al-Kahf ayat 23

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

18.Surah Al-Kahf ayat 24

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

7.Surah Al-'A`rāf ayat 204

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

7.Surah Al-'A`rāf ayat 206۩

Sesungguhnya mereka (malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud.

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan
sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

2.Surah Al-Baqarah ayat 199

Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

2.Surah Al-Baqarah ayat 200

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikit pun kebaikan di akhirat.

2.Surah Al-Baqarah ayat 201

‎وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

2.Surah Al-Baqarah ayat 202

Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.

2.Surah Al-Baqarah ayat 203

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

2.Surah Al-Baqarah ayat 204

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

2.Surah Al-Baqarah ayat 205

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.

2.Surah Al-Baqarah ayat 206

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

2.Surah Al-Baqarah ayat 207

Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.

2.Surah Al-Baqarah ayat 208

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

2.Surah Al-Baqarah ayat 209

Maka kalau kamu tergelincir (dan jatuh ke dalam kesalahan disebabkan tipu daya Syaitan itu), sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

32.Surah As-Sajdah ayat 15۩

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

32.Surah As-Sajdah ayat 16

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

32.Surah As-Sajdah ayat 17

Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

perintah Allah tentang cara untuk bertasbih bagi mensucikan nama Allah yang terkandung di dalam Surah Al-'Ala dari ayat 1 hingga ayat 19

1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -
2. Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;
3. Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,
5. Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.
6. Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,
7. Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.
8. Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
11. Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
12. Dialah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
13. Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
14. Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
15. Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
16. (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
17. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
18. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
19. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.

BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU IAITU ALLAH

BERTASBIHLAH DENGAN MENYEBUT-NYEBUT DENGAN LIDAH DAN HATI AKAN NAMA TUHANMU IAITU ALLAH

Untuk menyebut nama Allah boleh dilakukan mengikut seperti mana kaedah yang telah Allah firmankan di dalam SURAH AL-MUZZAMMIL dari ayat 1 hingga 8 dan perlu ditekankan pada ayat ke 8

1. Wahai orang yang berselimut!.
2. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
5. (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
7. (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
8. Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Ini adalah cara untuk menyebut nama Allah dengan lisan lidah yang perlu dilakukan sehingga akan berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah

Bagaimana hendak menyebut nama Allah dengan lisan lidah boleh dilakukan mengikut daripada firman Allah pada

Surah Al-'Isrā' dari ayat 105 hingga 111 dan cara untuk menyebut nama tuhanmu perlu ditekankan pada ayat 110..

105. Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmat Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar).
106. Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
107. Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

17.Surah Al-'Isrā' ayat 108

‎وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا
108. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "
109. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.
110. Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
111. Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"

Untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati boleh dilaksanakan mengikut apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam sabda Rasulullah saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkat kan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah....

Sebelum daripada seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw seperti di atas, seseorang itu perlu tahu dan boleh menghuraikan sendiri apakah yang dimaksudkan dengan syirik, pembahagiannya dan apakah perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi

Supaya ia tidak melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang disertakan dengan masih dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.

Jika seseorang itu melaksanakan perintah Allah dan perintah Rasulullah saw yang masih dan sedang disertakan dengan melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi..

Akan gugur segala amal yang dilakukan di dalam keadaan syirik

39.Surah Az-Zumar ayat 65

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.

6.Surah Al-'An`ām ayat 88

Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).

INI YANG PERLU DIBINCANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT LAGI ....